Friday, July 8, 2011

11 Formula Kejayaan!!!

Assalamualaikum Semua,

Saya nak kongsi dengan anda semua artikel dari Irfan Khairi yang saya rasa InsyaAllah akan memberi manfaat pada kita semua tak kira umur, bangsa dan agama.

11 Formula Kejayaan!
oleh: Irfan Khairi

http://www.facebook.com/irfankhairi.fb

1: Keinginan

Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.
Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.
Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.
Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.
2: Keyakinan

Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”
Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!
Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.
Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub… anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai… anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.
Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!
Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.
3: Tulis matlamat anda

Ini AMAT penting. Sejak saya menulis di ruang motivasi MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.
Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.
Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!
4: Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapi

Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan mebakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.
Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya.
5: Cermin kan diri sendiri

Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.
Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.
Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.

6: Tetapkan deadline

Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?
Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri… oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!
Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja… berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.
7: Ketahui rintangan

Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.
Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.
Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.
8: Ilmu tambahan

Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.
Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?
Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.
9: Perancangan

Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”
Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.
Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?
Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.
Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri.
10: Bina gambaran

“A picture paints a thousand words”. Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.
Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.
Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!
11: Janji pada diri sendiri…

Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.
Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.
Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!
Kesimpulan

Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu. Ini adalah “blue print” orang-orang yang berjaya di dunia. Ia menjadi formula kejayaan saya sendiri sehingga hari ini. Tiap-tiap kali saya mempunyai matlamat baru, saya akan rujuk kembali formula ini untuk memastikan matlamat saya tercapai.
Tidak sampai setahun lalu saya menetapkan matlamat saya, dan kini, dengan mengikuti formula yang diberikan, alhamdulillah saya mencapainya.
Kini, anda juga mempunyai formula kejayaan. Implimentasikannya kepada matlamat anda, dan saya yakin anda juga akan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang!
*****************
Pakar perniagaan Internet, personaliti TV & radio, Irfan Khairi mendedahkan kaedah sebenar memulakan perniagaan Internet dari rumah di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet. Sertai Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi dan ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan Internet yang berjaya. Klik di sini untuk maklumat lanjut.


How do you find it BEST......

Saya harap ia membawa manfaat.

Assalamualaikum,
Syahmi Bin Salim

Wednesday, June 29, 2011

Tip Pilihan: Risau Membawa Stress
Oleh: Irfan Khairi


Pernah tak anda merasa stress atau tension? Punca utama stress datangnya daripada kita "risau" sesuatu. Bila kita selalu risau, itu yang menyebabkan stress. Dan stress pula banyak mengakibatkan penyakit :( Ada research mengenai "risau" mengatakan:
  • 40% orang risau pada sesuatu, tetapi sesuatu yang dirisaukan itu tidak terjadi pun
  • 30% orang risau pada perkara-perkara yang sudah lepas dan tidak boleh diubahkan pun
  • 12% orang risau tentang kesihatan
  • 10% orang risau tentang perkara-perkara yang amat kecil
  • 4% pula risau tentang perkara yang akan datang dan tidak boleh kita ubah pun
  • Manakala 4% lagi adalah risau yang boleh kita lakukan sesuatu!
Jadi, next time anda risau dan terasa stress, lihat kembali statistik ini. Risau anda dalam % yang mana? Mudah-mudahan ianya akan mengurangkan stress anda!
Bila kita gembira dan senang hati selalu, lebih mudah untuk kita mencapai apa sahaja cita-cita kita.

Nak Invest Ape eh...???

Assalamualaikum semua,

Saya harap semua baik-baik belaka,
Ramai selalu bertanya nak invest ape eh bagus, selamat.
Dan pada pendapat saya, invest or save some of your savings in precious metals iaitu GOLD & SILVER.
Mengapa???

Lihat video-video ini.....








Itulah sebab-sebab nye saya invest, tapi saya rasa macam SAVE my money in real money iaiti GOLD & SILVER.

Lagipun invester hebat-hebat seperti GEORGE SOROS sekarang dah mula menjual STOCK-STOCK mereka dan mula membeli GOLD & SILVER.

Tetapi ini sahaja PENDAPAT ku sahaja....
Cuma hendak kongsi info sahaja.

Saya harap info & video ini akan membawa manfaat pada anda semua.

Assalamualaikum,
Syahmi Bin Salim

Senyum Senyum Selalu

Sunday, June 26, 2011

What Business nak START???

Assalamualaikum semua, harap baik semua. Hari saya mahu discuss on what business to start?

Saya sendiri mengalami masalah ini.
Dulu saya ade masuk MLM, main stock, try coffeeshop, jual perfume lah dan lain-lain yang sewaktu dengan nye.

Tapi semua tidak MENJADI!!! Mengapa???

KERANA saya tak minatinya dan tidak ade kemahiran terhadap business yang saya ceburi itu.

Saya pun ade menghadiri a few seminar, nama tak mahu bilang lah, yang berharga $5000, $3000, $100 dan ade lagi....
Dan semua menasihati yang sama iaitu membuat business mengikut PASSION/KEMAHIRAN (yang anda suka buat lah) anda. Itu lah salah satu KUNCI kejayaan. Salah satu, bukan CONFIRM. Ade banyak lagi kriteria lagi... sikit2 lah nanti overload lak...

Membuat sesuatu mengikut passion sangat penting kerana anda tak akan bosan membuat nye malah suka lagi, tak kisah membuat nye hingga larut malam.Bermakna anda tak akan GIVE UP.

Seperti Bill Gates yang minati tentang IT, Dell yang gemar memasang komputer, Warren Buffet yang tak akan invest kepada sesuatu yang dia tak tahu seperti bahagian IT walaupun Bill Gates kawannya dan ramai lagi.Mereka semua maju dalam bidang masing-masing.

Ada satu cara to know what is your PASSION( maknanya ape passion anda)

Dalam masa 60 saat, tuliskan sekurang-kurangnya 3 jawapan untuk soalan-soalan berikut:

Apakah passion anda?
Apakah minta anda?
Apa yang anda pandai lakukan?
Apakah pekerjaan anda kini dan sebelum ini?
Apakah hobi anda yang menjadi kepakaran anda?
Industri apakah yang anda berpengalaman?

CUBA lah , insyaAllah boleh narrow down ape PASSION atau kemahiran anda. As semua perkara pun boleh dijadikan business.

Setelah sudah tahu PASSION anda. Narrow down lagi to find your niche.

Seperti kalau suka melukis , melukis ape , portrait ke cartoon ke logo ke atau lain lagi.

Dah dapat syukran. Sekanrang baru boleh buat business plan.

Itu sahajalah yang saya mahu kongsi.
Harap ia akan memberi manfaat kepada anda.

Assalamualaikum......
Senyum-senyum selalu

Syahmi

Friday, June 24, 2011

Nasihat Habib Umar (Bab Ikhlas)

Assalamualaikum semua, ini post pertama ku, jadi kalau bahasa tu terpasar sikit harap maaf yah.. Saya mulakan blog ini untuk kongsi ilmu yang saya pelajari kepada DUNIA dan bak kekata orang2 kita skali arong boleh saving kat internet dan rujuk anytime terlupa.

Mmmm ape eh nak share 1st, banyak sangat... k saya mula lah dengan nasihat salah tokoh ulama Islam  Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim BIn Hafiz. Ni saya cut and paste untuk korang semua.

Nasihat Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafiz
Bab Ikhlas (Penjelasan dari Kitab Imam Al Ghazali)

Bolehkah suatu amalan itu dinampakkan atau dijadikan sebagai rahsia? Ada manfa’atnya kalau kita nampakkan dan juga ada mudaratnya kalau kita nampakkan sesuatu amalan itu.

Riyak itu adalah apabila kita beramal sesuatu dengan bertujuan selain untuk Allah s.w.t. Barangsiapa yang beramal secara ikhlas selama 40 hari maka akan keluar dari batinnya melalui lisannya itu hikmah. Dia akan berbicara dengan bicaraan hikmah yang disinari oleh batinnya.

Menampakkan amalan kepada orang lain ada bahayanya tetapi ada juga manfa’atnya. Untuk orang yang mampu menampakkan amalan-amalannya di depan orang lain itu adalah orang-orang soleh iaitu orang yang memiliki hati yang kuat sehingga apabila dia menampakkan amalnya, orang lain ikut ketika orang itu beramal dan orang ini biasanya mantap batinnya.

Tetapi kebanyakan orang tidak mampu membuat demikian. Kebanyakan orang bahaya kalau dia menampakkan amalannya kerana walaupun diikut amalan perbuatan solehnya oleh orang lain tetapi dia riyak. Walaupun ada sedikit riyak maka amalnya tetap akan gugur – tidak diterima oleh Allah s.w.t.

Kemudian disebut dalam ayat tersebut, ”Miliknya Allahlah agama yang ikhlas itu.”

Disebutkan dalam Hadith Nabi s.a.w.: ”Barangsiapa yang membuat satu amalan yang baik dan kemudian diikuti oleh orang-orang lain maka dia akan mendapatkan pahala setimpal orang-orang yang mengikutinya tanpa kurangi pahala sedikit pun dari mereka.”

Yang lebih merbahaya lagi adalah orang itu berbicara tentang amalan yang dia sudah buat. Dahulu dia buat amalan baik misalnya dia bersedekah kemudian dia bercerita. Itu banyak riyaknya. Bagi orang solihin, dia bercerita tentang amalannya dengan tujuan supaya orang ramai mengikutinya. Tetapi ini jarang terjadi. Biasanya para ulama yang batinnya kuat sehingga bila beramalkan sesuatu, orang dapat ikut dengan mudah dan orang cinta mengikuti amalannya. Bagi orang-orang seperti ini, mereka boleh menampakkan amalan mereka kepada orang lain.

Para ’alim ulama, mereka bercerita tentang amalan mereka. Di antaranya disebutkan, ”Saya selama 40 tahun tidak pernah sedih (susah) dalam hati kecuali apabila fajar itu terbit, baru saya sedih kerana pertemuanku dengan Allah s.w.t. ketika aku munajat pada qiamulail agak terganggu oleh manusia.” Beliau mengucapkan seperti ini  untuk memberikan semangat kepada orang lain supaya mengikuti beliau.
Di antara sahabat Nabi s.a.w. ada yang mengatakan, ”Sejak awal saya masuk Islam, saya tidak pernah hatiku berbicara sedikit pun di dalam solat.” Konsentrasi di dalam solatnya hanya kepada Allah s.w.t. kerana hatinya betul-betul kuat luarbiasa sehingga dia tawajuk kepada Allah s.w.t.

Apabila ditanya, ”Apakah ada engkau ketika solat hatimu berbicara sesuatu?” Maka dia mengatakan, ” Bagaimana hatiku berbicara yang lain selain daripada solat ketika aku solat, apakah ada yang lebih aku cintai lebih daripada Allah? Apakah ada yang lebih aku cintai daripada solat sampai aku berbicara sesuatu di luar solat? Maka tidak mungkin terjadi. Jika aku berbicara di dalam hatiku selain daripada solat maka lebih baik dicabut semua gigiku  daripada aku berbicara sewaktu solat.”

Untuk kebanyakan orang Islam lebih selamatlah jika dia menyembunyikan amalan-amalannya supaya dia dapat menjaga dirinya dari riyak. Tetapi jikalau amalan itu dilakukan bersama-sama seperti solat berjema’ah, berdoa atau berzikir beramai-ramai tidak apa. Jangan sampai kita meninggalkan suatu amalan itu kerana kita takut riyak. Orang yang meninggalkan suatu amalan itu kerana takut jadi riyak itu adalah sebahagian dari  riyak. Buatlah amal itu dengan teliti hatinya nanti lama-lama akan menjadi ikhlas.

Ada seorang syaikh, Syaikh Sofian, yang berkunjung rumah sesaorang dan apabila hendak disajikan makanan, orang itu berkata kepada anaknya, ”Ambil suprah (kain alas untuk makan) untuk makan untuk sheikh ini, tetapi ambil suprah jangan yang haji kelmarin dan juga bukan yang haji kedua tetapi ambil yang olih-olih dari haji pertama.” Syaikh itu ketawa kerana orang itu mahu menunjukkan bahawa dia sudah haji 3 kali. Maka Syaikh Sofian kasihan kepada orang itu kerana gara-gara dia hendak memberi makan kepada orang dia telah menghancurkan semua amalan ketiga-tiga hajinya dari ucapan yang dia ucapkan itu.

Juga diceritakan oleh Syaikh Sya’rani, ketika ada satu orang yang dia sudah puasa selama 20 tahun. Tidak ada orang yang tahu. Maka syaitan ingin merusakkan amalannya itu sehingga dia nampakkan kepada amalannya kepada orang. Orang yang berpuasa selama 20 tahun ini adalah seorang penjual daging di pasar. Syaitan pun datang dengan bentuk manusia membeli daging dari orang itu. Setelah buat timbangan, syaitan itu pun mengatakan, ”Tambah lagi kerana saya sudah 3 hari berpuasa. Setelah ditambah lagi. Syaitan minta ditambah lagi dan mengatakan, ”Saya sudah 3 hari berpuasa.” Sudah ditambah lagi. Syaitan itu minta lagi ditambah dengan mengatakan, ”Saya sudah 3 hari berpuasa.” Penjual daging itu pun mengatakan, ”Kamu baru tiga hari berpuasa, saya sudah 20 tahun berpuasa!.” Maka Syaitan itu ketawa. ”Saya inginkan supaya kamu bilang seperti itu supaya habis kamu punya amalan.”

Orang tidak akan mampu ikhlas dengan baik kalau dia tidak tertarbiah dari guru-guru yang bisa membersihkan hati dan membimbing hati. Tanpa dengan didikan seorang guru yang soleh orang tidak bisa beramal dengan ikhlas.

Imam Sya’rani telah ceramah di hadapan orang tentang sedekah secara sirr dan manfa’at dan fadilahnya. Ada seorang kaya datang kepada Imam Sya’rani mengatakan saya sudah faham ceramahnya tuan dan saya akan menjalankan secara ikhlas sedekah sirr ini dengan baik, insyaAllah. Maka Imam Sya’rani mengatakan tidak boleh. ”Engkau mesti duduk dengan saya dan saya akan didik hati kamu terus sehingga  kamu boleh sedekah dengan ikhlas.” Tetapi dia berdegil dan mengatakan bahawa dia sudah sedia lalu dia pulang. Satu saat ada seorang miskin yang datang kepada Imam Sya’rani mendapatkan bantuan. Imam Sya’rani menyuruhnya datang ke rumah orang kaya itu untuk meminta bantuan. Apabila dia bertemu dangan orang kaya itu, dia diberi seribu dirham. Seribu dirham banyak harganya pada masa itu. Tidak ada satu orang pun yang ada di situ melainkan mereka berdua. Setelah beberapa waktu orang kaya itu pun datang kepada Imam Sya’rani, duduk berdua dan berbicara, ”Sheikh, orang-orang sekarang ini banyak yang memerlukan hajat-hajat sehingga banyak yang datang sana-sini meminta bantuan.” Orang kaya itu pun pergi. Selepas itu dia datang sebab dia tidak puas hati belum beri tahu Imam Sya’rani tentang sedekahnya seribu dirham itu. Lalu dia datang lagi kepada Imam Sya’rani dan mengatakan, ”Syaikh, kelmarin ada orang yang perlu minta wang sama saya seribu dirham, dia miskin dan akhirnya saya kasi itu wang seribu dirham. Ini saya bercerita kerana syaikhkan guru dan tidak apa-apa saya bercerita dengan syaikh dan kami berdua sahaja. Imam Sya’rani pun mengatakan kepada orang kaya itu bahawa dialah yang menyuruh orang miskin itu datang kepada orang kaya itu dan mengatakan bahawa memang dia tidak mampu bersedekah secara sirr melainkan dididik oleh seorang guru yang soleh.


Petikan dari Kuliah Subuh Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafiz di Masjid Abdul Razak, Singapura  pada 6 Feb 2008.

Diterjemahkan oleh Habib Soleh Al Jufri

Disusun dan oleh
Najib Khan Surattee
4 Muharram 1430H
(31/12/08)

Harap infomasi ini akan memberi manfaat untuk anda. Sekian Terima Kasih .